www.musirawasterkini.com
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Ada 3 perkara yang menjadi rahsia Allah iaitu jodoh, rezeki dan maut. Kita tidak tahu bagaimana kita akan mati dan kapan akan mati. Kerana itulah kita sentiasa beramal ibadah untuk bekal kita di ahkirat kelak.
Setiap manusia pasti akan merasai sakaratul maut. Tidak ada di dunia ini yang akan lepas dari sakit sakaratul maut.
Sakit sakaratul maut itu dikatakan bagai ditikam dengan seratus libasan pedang,terasa bagai digergaji,digunting tubuh badan.Terlalu menyakitkan sehingga jeritan suara tidak kedengaran dan rasa sakit itu memuncak sehingga menembusi dasar hati.
Rasullullah mengingatkan supaya kita sentiasa berdoa : “ Ya Allah, tolong sudahkan kehidupan kami ini dengan husnul khatimah dan jangan sekali-kali matikan kami dalam keadaan suul khatimah “
Manakala Ibnu Abi Ad-Dunya rahimahullah meriwayatkan dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Kematian adalah kengerian yang paling dahsyat di dunia dan akhirat bagi orang yang beriman. Kematian lebih menyakitkan dari goresan gergaji, sayatan gunting, panasnya air mendidih di bejana. Seandainya ada mayat yang dibangkitkan dan menceritakan kepada penduduk dunia tentang sakitnya kematian, niscaya penghuni dunia tidak akan nyaman dengan hidupnya dan tidak nyenyak dalam tidurnya”[2].
Dalil di atas menunjukkan bahawa sakitnya sakaraktul maut itu bukan main main. Dan kita pasti akan merasainya kelak. Oleh itu segeralah kita bertaubat dan mempersiapkan diri kita dengan amalan yang akan kita bawa setelah kita mati kelak. Kita juga hendaklah memperbanyakkan berdoa agar di permudahkan dalam menghadapi sarakatul maut dan meninggal sebagai hamba Allah yang beriman…aamiin.
Firman Allah:
وَجَآءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَاكُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ
“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya”. [Qaaf: 19]
Kesakitan sakaratul maut jugak di alami sendiri oleh Rasullulah meski pun baginda telah di jamin masuk syurga. Bagaimana pula hal nya dengan kita yang banyak dosa ini. Jadi marilah kita sama sama berdoa agar di permudahkan dalam memghadapi sakaratul maut dan di ampuni semua dosa dosa kita.
Dalam riwayat Tirmidzi dengan, ‘Aisyah menceritakan:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا أَغْبِطُ أَحَدًا بِهَوْنِ مَوْتٍ بَعْدَ الَّذِي رَأَيْتُ مِنْ شِدَّةِ مَوْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أخرجه الترمذي ك الجنائز باب ما جاء في التشديد عند الموت وصححه الألباني
“Aku tidak iri kepada siapapun atas kemudahan kematian(nya), sesudah aku melihat kepedihan kematian pada Rasulullah”.[7]
Namun sebagai hamba Allah, kita memang tidak dapat lari dari maut. Coretan ini saya kongsikan semata mata untuk mengingatkan kita semua untuk tetap berada di jalan Allah. Jangan menyakiti atau menzalimi orang lain. Jangan pernah iri dan dengki pada orang lain . Tetap amanah dalam menjalani hidup ini. Dan perbanyakkan berdoa agar kita mati sebagai orang yang beriman.
Kita tidak akan dapat lari dari sakitnya sakaratul maut. Tetaplah kita di jalan Allah dan jangan berkhianat di antara sesama kita. Segeralah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.
Ibnu Hajar mengatakan: “Dalam hadits tersebut, kesengsaran (dalam) sakaratul maut bukan petunjuk atas kehinaan martabat (seseorang). Dalam konteks orang yang beriman bisa untuk menambah kebaikannya atau menghapus kesalahan-kesalahannya”[12]
Wallahu a’lam bis-shawab.
Aesyah@cinta dalam hijrah