www.musirawasterkini.com

Jodoh itu rahsia Allah. Namun untuk mencari pasangan yang baik tidak semudah mengetik jari. Memang lumrah di zaman moden sekarang kita mengenali pasangan kita melalui medsos meskipun tidak semua.

Dalam agama islam memberikan 4 ciri dalam memilih pasangan hidup iaitu agama, kecantikan, kekayaan dan keturunan.

Sabda Rasulullah saw yang berbunyi :

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Pilihlah pasangan itu kerana akhlaknya iaitu agamanya terutama bagi lelaki. Carilah bakal suami yang memperlakukan perempuan dengan baik iaitu tidak menghina atau berkasar dengan perempuan. Lelaki yang menghormati perempuan dan bisa menjaga akhlak mereka dalam pergaulan adalah satu ciri sangat penting dalam membina hubungan rumahtangga.

“Yang paling sempurna imannya di antara kalian adalah yang paling baik akhlaknya. Dan yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik kepada istri-istrinya.” (HR. Turmudzi).

Memang tidak di nafikan, memilih calon pasangan itu harus enak di pandang mata. Dan setiap manusia memiliki pesona yang berbeza. Kriteria ketampanan atau kecantikan berbeda dengan cita rasa seseorang. Namun jika ketampanan itu tidak di sertai akhlak yang baik, akan nampak buruk jua di pandang mata.

Manakala jodoh ada dua iaitu jodoh yang kekal hingga ke Jannah dan jodoh yang berakhir dengan perceraian. Terjadinya perceraian itu adalah di sebabkan beberapa faktor. Kerana itulah agama islam menganjurkan kita untuk memilih pasangan kerana akhlaknya iaitu agama. Akhlak yang baik tersemai dari agama yang dia amalkan dalam kehidupan dan dirinya. Kita juga di galakkan untuk melakukan solat istiharah memohon pertunjuk tentang pilihan jodoh kita. Namun jika kita mendapat pertunjuk yang baik setelah melakukan solat istiharah maka teruskanlah dan jangan berniat untuk mempermainkan atau sekadar pengisi masa lapang.

“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”

Hadis Riwayat Abu Hatim al-Muzani.

Ingat… Permudahkan dan jangan di persulit.

Aesyah@cinta dalam hijrah.