www.musirawasterkini.com

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Setiap manusia itu sudah di atur rezeki masing masing oleh Allah dan hanya tinggal kita saja yang berusaha untuk mendapatkannya. Rezeki itu tidak semestinya uang atau gaji tapi rezeki itu merangkumi apa yang kita miliki sekarang. Contoh tubuh badan kita sihat, itu adalah rezeki. Kita memiliki anak yang pandai mengaji, itu jugak rezeki. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah. Dan Allah adalah sebaik baik pemberi rezeki. Luahkan isi hatimu pada Allah di saat kau inginkan sesuatu. Mintalah pada Allah. Berdoalah pada Allah. Jangan pernah mengharap pada orang lain. Kita usaha jualan atau cari nafkah maka Allah yang akan bantu. Dan kita tidak akan pernah terfikir betapa manis nya cara Allah membantu kita.

Firman Allah yang berbunyi:

Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
QS AL BAQARAH: 22

Rezeki itu sebenarnya ada 10 sumber iaitu

  1. Rezeki yang telah di jamin oleh Allah

Menerusi firman Allah SWT bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan).” (Surah Hud: ayat 6).

  1. Rezeki kerana usaha atau bekerja
  2. Rezeki kerana bersyukur

Firman Allah yang berbunyi:

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah”. QS AL BAQARAH:172

  1. Rezeki yang tidak di sangka sangka

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?“ Maka mereka akan menjawab: “Allah“. Maka katakanlah “Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?“ . QS YUNUS:31

  1. Rezeki kerana istigfar
  2. Rezeki kerana anak
  3. Rezeki kerana menikah
  4. Rezeki kerana sedekah

Firman Allah dalam surah yasin ayat 47 yang berbunyi:

Dan apabila dikatakakan kepada mereka: “Nafkahkanlah sebahagian dari rezki yang diberikan Allah kepadamu“, maka orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman: “Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang yang jika Allah menghendaki tentulah Dia akan memberinya makan, tiadalah kamu melainkan dalam kesesatan yang nyata“.

  1. Rezeki kerana keberkahan pagi.

Firman Allah dalam surah AL JUMUAH:10

“Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”.

  1. Rezeki kerana menjalinkan silaturahim.

Daripada 10 sumber rezeki itu, maka dapat kita jelaskan bahawa semuanya itu datang dari Allah dan hanya sja kita sebagai manusia berusaha untuk mencapai rezeki yang kita idam idamkan. Janganlah berputus asa jika pintu rezeki lain tertutup kerana masih ada banyak pintu rezeki yang lain yang bisa kita ambil. Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Allah beri apa yang kita perlukan dan bukan yang kita mahukan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Firman Allah yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh”
QS ADZ DZARIYAT:58

Wallahu a’lam bis-shawab.
Aesyah@cinta dalam hijrah