www.musirawasterkini.com

Bismillah.. Maha suci Allah pemilik langit dan bumi

Menjelang bulan ramadhan yang penuh rahmat maka kita di galakkan untuk beramal ibadah demi meraih pahala dan keampunan dari Allah.

Sahur. Para Ulamak sepakat mengatakan bahawa hukum makan sahur adalah sunat. Sahur bukan sahaja memberikan tenaga untuk kita berpuasa di siang hari dan keberkatan. Bersahur merupakan perbuatan yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa penganut agama lain. Seperti Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam:

عن عمرو بن العاص قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: فصل ما بينصيامنا وصيام أهل الكتاب أكتاب أكلة السحر {رواه إمام مسلم}

Maksudnya: Daripada Amru bin Asd berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Sesungguhnya perbezaan puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur.

Sedekah. Memperbanyakkan sedekah, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sedikit adalah sangat digalakkan dalam Islam terutama sekali dalam bulan Ramadhan kerana dengan bersedekah dapat meringankan beban yang berhajat dan memerlukan bantuan.

Solat terawih. Solat terawih secara berjemaah di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat kerana sesungguhnya barangsiapa yang menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan sembahyang sunat kerana iman dan mengharapkan ganjaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Solat terawih ini juga hanya kita lakukan di bulan ramadhan saja.

Solat witir. Solat sunat Witir, merupakan sembahyang sunat Muaakad (sunat yang dituntut) yang mengiringi sembahyang sunat Terawih. Sembahyang Witir bukan hanya dikhususkan di bulan Ramadhan sahaja bahkan sunat didirikan pada setiap malam.

Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wassallam:

عن على بن أبى طالب أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن الله يحب الوتر فأوتروا يا أهل القرآن {رواه الإمام الترمذى}

Maksudnya: Daripada Ali bin Ali Talib, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Sesungguhnya Allah itu Tunggal, suka kepada yang ganjil, maka dirikan sembahyang Witir wahai ahli Al-Qur’an (Wahai orang-orang yang beriman dengan Al-Qur’an).

Membaca al quran. Bulan Ramadhan merupakan bulan Al-Qur’an, oleh itu, perbanyakkanlah membaca Al-Qur’an pada bulan Ramadhan setiap waktu sekurang-kurangnya satu juz setiap hari agar dapat khatam Al-Qur’an sekali dalam bulan Ramadhan. Kita tekadkan dalam hati untuk tetap membaca alquran kerana alquran akan memberikan syafaat di akhirat kelak.

Memberi makan orang yang berpuasa. Memberi makan untuk berbuka puasa (menyungkaikan). Selain daripada bersedekah, amalan memberi makan kepada orang yang berpuasa atau menyungkaikan juga amat digalakkan. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam:

عن زيد بن خالد الجهني رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيء {رواه إمام الترمذى}

Maksudnya: Daripada Zaid bin Khalidil Jahni Radiallahu Anhu berkata: Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam: Sesiapa memberi makan orang-orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.

Itulah amalan yang perlu kita lakukan di bulan suci ramadhan. Semoga di bulan ramadhan kali ini, semua ibadah kita di tera di sisi Allah, aamiin.

Salam sayang abi

Aesyah@cinta dalam hijrah