www.musirawasterkini.com

Assalamualaikum sahabat² yg dah mula tadarus dan membaca al quran. Bismillah..

💜 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran. Ramai di kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Qur’an berniat semata² untuk pahala dan masing² kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Qur’an, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yg dia niatkan ketika membaca Al-Qur’an.

Ini sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah saw;

“Sesungguhnya setiap amal yg dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorg akan mendapat (hasil amalnya) apa yg dia niatkan.” فالقرءان منهج حياة تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها

Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulamak untuk mendapatkan keuntungan. Dari 2 prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dgn beberapa dari niat² ketika membaca Al-Qur’an.

Antaranya tujuan & niat;

1. Belajar & beramal; (اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به) Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan belajar dan beramal dengannya.

2. Memohon hidayah; (اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله) Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan memohon hidayah dari Allah swt.

3. Bermunajat; (اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى) Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan utk bermunajat kepada Allah Taala.

4. Menyembuhkan penyakit; (اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة) Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan menyembuhkan penyakit zahir dan batin.

5. Meminta dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya; (اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور) Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan meminta kepada Allah utk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

6. Ubat bagi hati yg keras; (اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب) Saya niat membaca Al-Qur’an ini kerana ia merupakan ubat bagi hati yg keras, dgn Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dgn iman).

7. Menikmati hidangan; (اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى) Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan (utk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

8. Supaya tidak termasuk dalam golongan yg lalai; (اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين) Saya niat membaca Al-Qur’an ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan org² yg lalai, bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan org yg mengingati Allah.

9. Menambah keyakinan; (اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله) ..Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan utk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

10. Mentaati perintah Allah; (اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل) Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan mentaati perintah Allah Taala yg memerintahkan utk membaca Al-Qur’an dgn tartil.

11. Mendapat pahala dan kebaikan; (اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء) _Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yg saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi org yg Dia kehendaki.

12. Mendapat syafaat; (اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة) _Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan utk mendapat syafaat Al-Qur’an pada hari kiamat kelak.

13. Mengikut wasiat nabi; (اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ) _Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan mengikuti wasiat Nabi saw.

14. Supaya Allah mengangkat darjat diri & umat Islam; (اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة) _Saya niat membaca Al-Qur’an ini dgn tujuan semoga Allah mengangkat darjat saya dgn Al-Qur’an dan mengangkat darjat umat ini dgn Al-Qur’an.

Salam sayang abi

Aesyah@cinta dalam hijrah.