www.musirawasterkini.com

Dengan kalimah Maha Suci Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang..

Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah dan itu merupakan tujuan utama kita hidup di dunia ini.

Firman Allah dalam surah al-An’am, ayat 162 bermaksud: “Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Maka untuk apa kita perlu risau tentang perkara lain. Bukankah hidup di dunia ini hanya semata mata kerana Allah. Maka jika kita ada masalah, serahkan sja pada Allah. Biar Allah yang urus. Kita hanya perlu berusaha. Apapun masalah kita, ekonomi, kerja, penyakit, semuanya ada hikmahnya. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia sia. Ingat, daun yang jatuh itu juga atas izin Allah.

Perkara yang paling penting adalah ikhlas kerana Allah. Kita melakukan ibadah kita kerana Allah dan bukan kerana manusia atau ganjaran di dunia. Apapun yang kita lakukan adalah kerana Allah. Kita makan kerana Allah. Kita solat, puasa, beramal baik adalah kerana Allah. Maka hendaklah kita sentiasa ikhlas melakukan amal ibadah kita semata mata kerana Allah. Ingat!, Niatkan semuanya kerana Allah dan bukan kerana yang lain.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam:

عن أبي أمامة الباهلي قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله لايقبل من العمل إلا ماكان له خالصا، وابتغي به وجهه {رواه الإمام النسائى}

Maksudnya:

Daripada Abu Umamah Bahili ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam: Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala tiada menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas kepadanya dan ditujukan hanya kepadanya semata-mata.

Ikhlas, pasrah dan redha akan membuatkan hati kita tenang. Kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam hidup maka kita serahkan sja pada Allah untuk mengatur jalan hidup kita. Tidak Allah jadikan sesuatu itu dengan sia sia. Pasti ada hikmahnya.

Surah Al-Israa’ ayat 19:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

وَمَنْ أَرَادَ الْءَاخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُو۟لٰٓئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا

صدق الله العظيم

“Dan sesiapa yang menghendaki kebahagiaan hidup akhirat dan berusaha mengerjakan amal kebajikan untuk tujuan itu dengan usaha yang bersungguh-sungguh sedang dia beriman maka mereka itulah yang usaha mereka dikurniakan ganjaran yang baik (diberi pahala)”

Aesyah@cinta dalam hijrah