www.musirawasterkini.com

Bismilah.. Maha Suci Allah pemilik langit dan bumi. Hari ini Aesyah bikin catatan hati untuk pengajaran kita semua agar pembaca tidak melakukan hal yang sama dan tetap optimis dalam hidup. Cieehh…

Duhai hati, tetaplah tenang. Jika kau di sakiti, Allah ada. Jika kau di khianati, Allah juga ada. Jika kau di bohongi, Allah ada. Allah sentiasa ada. Kau tak sendirian.

Duhai sang hati, tetaplah bersangka baik. Tetaplah sabar. Kerana kesabaranmu yang akan menyelamatkan kau dari kemarahan. Jangan fikirkan kata kata nya. Kau telah melakukan yang terbaik.

Duhai pemilik hatiku, aku mencintai hambaMu. Ku angkat dia dari keterpurukan hidup masa lalunya. Di saat dia di tinggal pergi, aku hadir dalam hidupnya lewat istiharah. Di saat dia tak punya apa apa aku hadir membawa harapan. Ku hadiahkan dia masa depan yang lebih gemilang dengan mentaati suruhanMu ya Robb. Ku hulurkan tanganku kepadanya agar dia ndak terjatuh jauh ke dalam. Ku hamparkan sejadah untuk beristiharah pada Mu pada setiap pilihan yang dia lakukan. Kerana aku nda mau dia melakukan kesilapan lagi.

Duhai hati, aku tahu kau telah di sakiti, di bohongi, di khianati dan di kasari. Namun ingat ini adalah dunia sementara. Tetaplah bersabar ya. Dia pasti akan menyesal jika kau pergi.

Duhai Sesosok jiwa dan hati .. sungguh indah ciptaan Allah. Aku nda menyangka Allah hadirkan kesabaran yang tak pernah aku fikirkan.

Duhai abi, Allah hadiahkan mu masa depan yang lebih baik. Maka tolonglah jaga dengan sebaik baiknya kerana kesempatan tidak akan datang kedua kalinya lagi. Dan penyesalan selalu datang terlambat.

Salam sayang abi

Aesyah@cinta dalam hijrah