www.musirawasterkini.com

Bismillah…Maha suci Allah pemilik langit dan bumi. Pada kali ini, artikel Aesyah menulis tentang cara Aesyah mengendalikan perasaan Aesyah bila orang yang Aesyah percayai telah menipu Aesyah.

Setiap manusia pasti tidak mahu dirinya di bohongi atau di tipu terutama sekali pada orang yang kita sangat percayai. Aesyah juga begitu. Tidak mau di tipu oleh orang yang Aesyah percayai dan cinta.

Ternyata Allah Maha Pengasih, Aesyah pernah di bohongi oleh orang yang Aesyah percayai. Jika kita pernah di bohongi atau di tipu, cuba tarik nafas, tenang hati dan ingat Allah. Apa yang Aesyah lakukan adalah bertanya sendiri kepada orang tersebut. Ternyata pabila kebohongan orang itu terbongkar, dia akan marah marah. Opps.. kalau nak tahu, itu tanda tanda dia ndak enak rasa kerana penipuannya telah terbongkar maka dia akan menjadi sangat marah.

Tapi Aesyah nda bisa banyak cakap, sebab dia dah marah bangat. Aesyah pelan pelan bertanya dan tunjukkan bukti. Bukti penting buat menyokong pernyataan kita. Jadi jangan lupa bukti ya. Kita tak perlu teriak teriak nak tunjukkan bukti. Kita ada Allah, pasti Allah akan bantu.

Selalunya orang menipu, dia tak mengakui pada mulanya walaupun bukti depan mata. Waktu itu, Aesyah masih ingat Allah. Aesyah doa banyak banyak dalam hati. Walaupun air mata aesyah tak berhenti mengalir, Aesyah tetap tunggu hingga dia mengakui kebohongannya itu. Alhamdulillah, sewaktu Aesyah kasi tahu mau solat istiharah untuk membuat pilihan sama ada dia menipu atau ngak. Di sanalah mula nampak kepanikannya . Alhamdulillah akhirnya dia mengakui jugak bahawa dia telah menipu Aesyah. Waktu itu tak ada yang bisa Aesyah gambarkan tentang kekecewaan Aesyah. Aesyah tutup mata dan mohon pertolongan Allah agar di tenangkan hati Aesyah. Ingat ya, kita nda perlu kasar untuk membongkar kebohongan orang. Kita minta pertolongan pada Allah untuk membantu kita.

Ini pengalaman Aesyah sewaktu Aesyah tahu orang yang Aesyah percayai telah menipu Aesyah selama ini. Aesyah hanya pegang satu sja iaitu Allah. Tiada yang lain di hati Aesyah hanya Allah. Jika Allah ada di jiwa dan hati kita maka tak ada lagi yang kita risaukan.

Selamat mencuba teknik Aesyah ini ya. Semoga berjaya.

Salam sayang Abi

Aesyah@cinta dalam hijrah