www.musirawasterkini.com

Bismillah.. Maha Suci Allah pemilik langit dan bumi. Surah Al mulk adalah surah yang menegaskan kekuasaan Allah Ta’ala yang mutlak iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Kerana itulah di namakan Al-Mulk (kuasa pemerintahan) Manfaatnya apabila kita sering mengamalkan membaca surah Al mulk itu sangat besar kerana surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga di ampunkan segala dosa dosanya.

Maka marilah kita sama sama membaca surah Al mulk setiap hari sebagai amalan kita sepanjang hayat kerana Allah semata mata.

Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

Di zaman Nabi Muhammad SAW, ada kisah yang menarik berkisar tentang surah Al mulk iaitu apabila Ibn Abbas RA, beliau berkata, …beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat.

Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.

Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.

Ini jelas menunjukkan betapa besarnya manfaat dan fadihlat mengamalkan membaca surah al mulk dalam kehidupan kita sehari hari. Malah Nabi Muhammad SAW juga mengamalkan membaca surah Al mulk setiap malam sebelum tidur.

Daripada Jabir beliau berkata:

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ لاَ يَنَامُ حَتَّى يَقْرَأَ الم تَنْزِيلُ وَ تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ

“Sesungguhnya Nabi Saw. tidak tidur hingga beliau membaca surah تَنزِيلُ الٓمٓ (Surah al-Sajdah) dan تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Surah Al mulk ini mengandungi 30 ayat dan jika diamalkan maka akan dapat membela kita apabila kita udh meninggal dunia. Allahu akbar. Betapa besarnya ciptaan Allah.

Sabda Nabi SAW:

سُوْرَةٌ مِنَ اْلقُرْآنِ، مَا هِيَ إِلاَّ ثَلاَثُوْنَ آيةً، خَاصَمَتْ عَنْ صَاحِبِهَا حَتَّى أَدْخَلَتْهُ اْلجَنَّةَ، وَ هِيَ تَبَارَكَ

“Ada surah dari Al-Quran, ia tidak terdiri kecuali hanya 30 ayat. Surah tersebut dapat membela pemiliknya (orang yang banyak membacanya) sehingga memasukkannya ke syurga iaitu, surah تَبَارَكَ (Hadis Riwayat Thabrani) Surah Al mulk ini jugak digelar Surah Al Mani’ah dan Al Munjiah iaitu surah Al-Mani’ah (penghalang) dan Al-Munjiah (penyelamat) kerana surah tersebut menghalang dan menyelamatkan mereka yang selalu membaca atau menghafalnya daripada siksa kubur dan siksa api neraka.

Maka di sini, sama samalah kita berazam untuk membaca surah Al mulk sebagai amalan kita setiap hari selama kita hidup agar bisa menyelamatkan kita kelak setelah kita meninggal dunia.

Wallahu a’lam

Salam sayang abi

Aesyah@cinta dalam hijrah